Monday, 29 December 2014

RESEPI MUDAH



SIMPLE RECIPE FOR NEWBIE

HAIIII hari ni saya nak share sikit resepi yang mudah untuk ikut dan buat dan yang pasti, pasti sedap..
mungkin ada yang dah tahu resepi ni sebab senang sangat and nampak macam makanan budak-budak tapi tetap nak share jugak sebab nama pun untuk newbie kan. hihihihi
orang kata pelan-pelan nak belajar masak...
jom scroll tengok resepi-resepi mudah ni.



Daging salai masak sos hitam


Bahan-bahan ( 2-4 Orang )
  • 1/4 kg Daging salai
  • 1 biji Bawang besar
  • 1 ulas Bawang putih
  • 1 inci Halia*
  • 1 batang Serai (saiz besar, diketuk)/ 3 batang Serai bersaiz kecil
  • 11/2 sudu besar Cili blender/ Cili boh
  • 1 cawan Santan/ Air (Lagi sedap guna santan)
  • 3 sudu besar Kicap Pekat
  • 5 sudu besar Madu
  • 1/4 cawan Air Asam Jawa
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak (untuk menumis rencah)
Cara-cara
  1. Mula-mula kita sediakan rencahnya. Serai diketuk. Bawang besar dipotong baji. Kemudian, hiriskan halia dan bawang putih,Kalau mahu blend pun boleh.
  2. Tumiskan bahan rencah sehingga naik bau.
  3. Kemudian kita masukkan cili blender, dan tumiskan sehingga naik minyak.
  4. Kemudian kita masukkan santan/ air (ikut kesukaan, tetapi ianya lebih lemak jika menggunakan santan), kicap pekat dan madu.
  5. Kemudian kita masukkan daging salai. Biarkan kuah meresap ke dalam serat daging
  6. Kemudian, kita masukkan air asam jawa bagi memekatkan lagi kuah
  7. Rasakan masinnya dan tambahkan garam ikut citarasa. Setelah berpuas hati dengan kepekatan kuah, bolehlah ditutup api. Dah siap!


Jelly Kelapa




Bahan-bahan ( lebih kurang 13 cup )
  • 1 paket agar2 serbuk (10gm)
  • 2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
  • isi kelapa muda ~ boleh kaup guna sudu atau sagat
  • 11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
  • 3 helai daun pandan
Cara-cara
  1. Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
  2. Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. Padamkan api.
  3. Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
  4. Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter. 



‘MI BANDUNG MUAR’


 Bahan bahan:
  •  400 gm mi
  •  100 ml minyak
  •  10 gm cili kering (dikisar)
  •  50 gm udang kering (dikisar)
  •  2 labu bawang besar (dikisar)
  •  2 ulas bawang putih (dikisar)
  •  2 biji buah keras (dikisar)
  •  2 keping tauhu (dipotong dan digoreng)
  •  6 ekor udang (direbus)
  •  100 gm daging (direbus dengan 1 liter air dan disimpan air rebusannya)
  •  100 gm sawi (dicelur)
  •  6 biji telur
  •  25 gm bawang goreng
  •  Gula dan garam secukup rasa


 Cara memasak:
 Tumis bawang merah, bawang putih, buah keras dan udang kering sehingga naik baunya, kemudian masukkan cili kering dan tumis sehingga naik minyak, seterusnya masukkan air rebusan daging, setelah mendidih masukkan telur sehingga kuahnya masak, baru dimasokkan garam dan gula.
 Sedia untuk dihidang bersama mi, bawang goreng, udang, tauhu dan sawi.
***antara petua untuk melembutkan daging, masokkan gula batu atau serbuk penaik kedalam periuk rebusan.


Roti aiskrim goreng


Bahan-bahan ( 1 orang )
  • 2 keping roti
  • aiskrim (sebarang jenama)
  • tepung jagung (dibancuh dgn air)
  • coklat chip
Cara-cara
  1. Ambil 2 keping roti (yg selalu org buat sandwish tu) gelekkannya bagi leper dengan cawan ataupun pengelek. Kemudian letakkan sekeping roti di bawah dan sudukan 1 sudu aiskrim dan taburan coklat chip di atasnya, selepas itu tutupkannya dengan sekeping roti lagi yang telah di sapu dengan bancuhan tepung jagung di hujungnya, terapkannya pada bentuk bulat dan terus masukkan ke dalam peti ais selama 2-3 jam. Kemudian boleh di kuarkan dan di goreng dengan minyak yang penuh, angkat dan lap dengan tisu kedap minyak 

Black Pepper Chicken Chop

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • *UNTUK DIPERAP*
  • 2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 cm halia (cincang)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos Lee & Perrins
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • garam secukup rasa
  • *SOS BLACK PEPPER*
  • 1/2 botol sos lada hitam
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 3-4 cendawan butang (cincang)
  • 1/2 biji bawang besar (cincang)
  • garam/gula secukup rasa
Cara-cara
  1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
  2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
  3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
  4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
  5. tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
  6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa.
ni baru sikit ja resepi....
nak lagi?
meh nak share link untuk macam-macam resepi...

credit to :   http://www.myresipi.com/

setakat ni dulu nak share.. 
selamat mencuba....




No comments:

Post a Comment