CARA MENCUCI HATI
Cara Mencuci Hati
Assalamualaikum sahabat tersayang.
Hati manusia memang bermacam-macam cara kita
boleh tengok. Ada yang bersih ada yang tidak..
Hasad dengki, fitnah, mengata, mengumpat, buruk
sangka dan macam-macam lagi membuktikan bahawa hati kita tidaklah sebersih yang
kita sangka..
Lihat sajalah kejadian di Pantai Timur baru-baru
ini, walaupun ujian Allah datang namun ada juga manusia yang menggunakan
situasi ini untuk menabur segala ketidakbaikan..
Hati manusia à
jagalah ia, bersihkanlah ia, sucikanlah ia…
Ada orang bertanya: Macam mana nak cuci hati? So
sini ada tips mudah untuk mencuci hati kita. ~Selamat membaca~
Antara cara yang boleh kita gunakan untuk
murnikan hati:
- Jaga solat dengan sempurna.
- Solat taubat setiap malam sebelum tidur.
- Istighfar sekurang-kurangnya 70X sehari & banyakkan zikrullah.
- Baca Al-Quran setiap hari.
- Minta maaf daripada orang lain & maafkan semua orang.
- Bisikan kendiri yang positif,
- Muhasabah & refleksi diri & berterusan perbaiki diri.
- Berpuasa sunat.
- Sentiasa ingat mati & bersedia menghadapi kematian setiap hari.
- Kekalkan wudu' sepanjang hari mengikut kemampuan.
- Banyakkan bersedekah.
- Beri orang makan.
- Jaga makanan (halal & yang baik2).
- Berkawan dengan orang 'alim & orang yang baik2.
- Sentiasa berpesan pesan ke arah kebaikan.
- Jaga setiap pancaindera (mata, telinga, hati, anggota tangan & kaki & deria hidu).
Mari kita
sama2 berdoa agar Allah sentiasa rahmati kita dalam usaha untuk sentiasa
memurnikan hati. Wassalam....
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment