ADAB BERKAWAN RASULULLAH S.A.W.
Adab
Berkawan Rasulullah S.A.W.
Suatu hari Rasulullah S.A.W.
didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang
sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda.
Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan
senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah S.A.W. seulas demi
seulas dengan senyuman.
Biasanya Rasulullah S.A.W.
akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu
diberikan kepada mereka. Rasulullah S.A.W. terus makan. Setiap kali dengan senyuman,
hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang,
diiringi ucapan terima kasih dari Baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap
Rasulullah s.a.w itu. Lalu mereka bertanya.
Dengan senyum Rasulullah
menjelaskan. "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa
saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada
di antara kalian akan memejamkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang
hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya".
Begitulah akhlak Rasullullah
S.A.W. Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda
yang tidak baik, Dan dari orang yang bukan Islam pula. "Selemah-lemah manusia
ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu
ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka
pula kepadanya" -Saidina Ali . Oleh itu, hisablah diri kita, adakah kita boleh
bersikap seperti Rasulullah S.A.W.
Insyallah.
KAWAN BAIK
- Bukannya senang hendak cari kawan yang baik.
- Bukan senang juga hendak menjadi kawan yang baik.
- Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
- Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
- Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu Kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
- Kawan yang baik tidak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
- Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.
- Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
- Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tidak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
- Kawan yang baik tidak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
- Kawan yang baik tidak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
- Kawan yang baik tidak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
- Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
- Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
- Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
- Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya . Dan kalau kita hendak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Fikir-fikirkanlah....
renung-renungkanlah...
kita adalah rakan yang baik atau tidak....
yang pasti...
saya ada KAWAN BAIK
MEREKA
.jpg)
.jpg)
.jpg)



No comments:
Post a Comment