Monday, 29 December 2014

YUMMY CREATIVE FRUIT


YUMMY CREATIVE FRUITS

Assalamualaikum semua.

cantikkan hiasan buah- buahan macam ni..
nak makan pun rasa sayang sebab cantik sangat...
hehehe






















memang akui mereka sangat creative..
tapi...tapi...tapi...
saya tak kan sempat buat macam ni sebab sambil buat kebanyakkan dah masuk perut. 
hihihi...

just sharing..

thank you



MENGUATKAN MEMORI KITA



MENGUATKAN MEMORI 

~Penguat Memori~

Memori yang lemah kadang-kadang merisaukan setiap individu tambah-tambah pelajar yang memerlukannya untuk menjawab peperiksaan...
So ini ada beberapa tips untuk menguatkan memori kita dengan cara Islam.
Selamat membaca.........

Tips penguat memori cara Islam
  1. Jangan bermaksiat walau sekecil maksiat sebab itu raja segala kekuatan akal dan memori, lagi banyak tinggal maksiat, lagi kuat otak kita. 
  2. Banyakkan makan kismis, badam, kurma dan jangan makan kepala ikan, kepala udang, organ dalaman, jajan, coklat, keropok dan semua jenis makanan yang ada MSG dan bahan kimia yang banyak, minuman berkabonat dan semua yang tak berkhasiat. 
  3. Amalkan adab-adab sunnah pada setiap masa samada tidur, makan, minum, masuk tandas, dalam tandas, belajar dan sebagainya. 
  4. Yang terpenting, amalkan sunnah selepas salam ketika solat iaitu letakkan tapak tangan kanan di dahi sejurus selepas salam dan baca Allahuakbar sekali, kemudian baca astagfirullahal'azim sebanyak 3X tetapi pada kali yang ketiga, kuatkan sedikit dan lanjutkan sedikit bacaannya. Kemudian baca doa: " bismillahillazi laailahailla huwarrahmanir rahim, Allahumma Azhib 'Annil Hamma wal Huzna.." , kemudian selawat 3X dan baca "Ya Qowiyyu " 10X dengan niat dan doa dalam hati supaya Allah kuatkan akal kita...




TERIMA KASIH
SELAMAT MENCUBA...

VIDEO HILANGKAN STRESS


VIDEO HILANGKAN STRESS




STRESSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!

memang tak boleh lari stress ni dari semua orang..
macam-macam cara boleh buat nak hilangkan stress...
bergantung pada diri sendiri..
selalunya orang akan buat apa yang mereka suka...
tidur
main game
keluar jalan-jalan
riadah
macam-macam lagi la..

tapi kalau saya stress, saya akan tengok video-video ni..
tengok video baby comel ketawa memang buatkan saya hilang stress...

JOM TENGOK!!!!!


Baby imitate their father sneezing
CUTE.....


Baby laughing HAHAHA
FUNNY.....


Reaksi baby bila jumpa bapa mereka.
lucky dad...

banyak lagi video yang boleh hilangkan stress saya..
contohnya hehehe.....

Kalau tadi kita tengok baby... kali ni hehehe

JOM TENGOK



funny animals.. hahaha


cute cats.. LOL.

and so my stress is gone faraway...hehehe
thanks for watching..


ADAB BERKAWAN RASULULLAH S.A.W

ADAB BERKAWAN RASULULLAH S.A.W.



Adab Berkawan Rasulullah S.A.W.

Suatu hari Rasulullah S.A.W. didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah S.A.W. seulas demi seulas dengan senyuman.

Biasanya Rasulullah S.A.W. akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah S.A.W. terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari Baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan senyum Rasulullah menjelaskan. "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian akan memejamkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya".

Begitulah akhlak Rasullullah S.A.W. Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, Dan dari orang yang bukan Islam pula. "Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya" -Saidina Ali . Oleh itu, hisablah diri kita, adakah kita boleh bersikap seperti Rasulullah S.A.W.
Insyallah.

KAWAN BAIK
  • Bukannya senang hendak cari kawan yang baik.
  • Bukan senang juga hendak menjadi kawan yang baik.
  • Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
  • Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
  • Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu Kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
  • Kawan yang baik tidak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
  • Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.
  • Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
  • Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tidak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
  • Kawan yang baik tidak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
  • Kawan yang baik tidak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
  • Kawan yang baik tidak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
  • Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
  • Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita. 
  • Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
  • Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya . Dan kalau kita hendak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Fikir-fikirkanlah....
renung-renungkanlah...
kita adalah rakan yang baik atau tidak....
yang pasti... 
saya ada KAWAN BAIK
MEREKA




 TERIMA KASIH



FADHILAT SURAH-SURAH DALAM AL- QURAN

FADHILAT SURAH-SURAH DALAM AL-QURAN



Assalamualaikum pembaca sekalian.....

mungkin ramai yang sudah tahu dan mungkin juga ramai yang tidak tahu akan fadhilat-fadhilat setiap surah-surah yang terkandung di dalam Al-Quran..

Di sini saya nak kongsikan kepada semua Fadhilat surah - surah Al -Quran.Semoga dapat membantu kalian semua... Yang penting selalu yakin dengan ALLAH. In Sha Allah.. Amin

p/s terima kasih pada sumber dari Internet.

SURAH SHAAD
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH SHAAD
Maksudnya: Shaad

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Barangsiapa membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.

 [Sura : 38, Verse : 42 - 42]

SURAH ASH-SHAFFAT
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH ASH-SHAFFAT
Maksudnya: Yang Berbaris

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang memb
acanya, insyaAllah ia akan terpelihara daripada gangguan jin.
 [Sura : 37, Verse : 1 - 182]

SURAH YAASIN
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH YAASIN
Maksudnya: Wahai Manusia

Nabi kita Muhammad SAW bersabda:"Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah Surah Yaasin.
" Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa yang membaca Surah Yaasin kerana Allah SWT, nescaya akan t
erampun segala dosanya kecuali dosa syirik."

Dalam satu hadith yang lain Baginda Rasullullah SAW bersabda: "Hendaklah kamu membaca Surah Yaasin ini ke atas pesakit pesakitmu yang menghadapi sakaratul maut, nescaya Allah SWT akan meringankan kekerasan sakaratul maut itu."

Dalam satu hadith yang lain pula, Baginda Rasullullah SAW bersabda: "Aku ingin benar, agar Surah Yaasin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."

Barangsiapa yang membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.

Barangsiapa yang membacanya sebanyak 21 kali pada malam jumaat, lalu berdoa istighfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Allah SWT.

Barangsiapa yang membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. barangsiapa yang membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ai akan mati syahid dan barangsiapa membacanya sekali pada awal pagi, andaikata ia mati pada hari itu, mesti ia mati syahid.

Barangsiapa yang membacanya sekali selepas tiap tiap Solat Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari seksa kubur.

Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun ke medan peperangan, Allah SWT akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.

Hikmat hikmat dan khasiat khasiat Surah Yaasin ini banyak benar didapati didalam kitab kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk di amal oleh anda sekalian. 
SURAH FAATHIR
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH FAATHIR
Maksudnya: Pencipta

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca ayat 29 hingga ayat 30 dari surah ini, nescay
a Allah akan memberkati perniagaannya.
 [Sura : 35, Verse : 29 - 30]

SURAH SABA'
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH SABA'
Maksudnya: Saba'

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa membaca surah ini, terselamat ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari kerosakan tanam tanaman.

SURAH AL-AHZAB
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH AL-AHZAB
Maksudnya: Golongan-golongan

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca ayat ayat 45 hin
gga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.
 [Sura : 33, Verse : 45 - 48]

Barangsiapa yang membaca ayat ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah SWT akan membinasakan musuh musuhnya.
 [Sura : 33, Verse : 60 - 66]

SURAH AS-SAJDAH
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH AS-SAJDAH
Maksudnya: Sujud

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca ayat ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas bayi yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit ruhani
dan jasmani.
 [Sura : 32, Verse : 7 - 9]

SURAH LUQMAN
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡم

SURAH LUQMAN
Maksudnya: Luqman

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit
terutama dari penyakit perut.
 [Sura : 31, Verse : 1 - 34]

Barangsiapa yang membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
 
SURAH AR-RUM
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH AR-RUM
Maksudnya: Rum

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

 [Sura : 30, Verse : 1 - 60]

SURAH AL ANKABUT
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH AL ANKABUT
Maksudnya: Labah labah

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya, nescaya demamnya akan sembuh dan
ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

SURAH AL-QASHASH
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH AL-QASHASH
Maksudnya: Cerita

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat.

 [Sura : 28, Verse : 1 - 88]


Barangsiapa yang membaca ayat ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cerdas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.
 [Sura : 28, Verse : 51 - 55]

SURAH AN-NAML
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH AN-NAML
Maksudnya: Semut

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya nescaya n
ikmat nikmat Allah SWT akan kekal kepadanya.
 [Sura : 27, Verse : 1 - 93]

SURAH AS-SYUA'ARA
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH AS-SYUA'ARA
Maksudnya: Ahli ahli Syair

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang yang digigit oleh binatang binatang
berbisa, nescaya akan hilang bisa bisa itu.  [Sura : 26, Verse : 130 - 130] 

SURAH AL-FURQON
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡم

SURAH AL-FURQON
Maksudnya: Pembaca

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih,
lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang binatang yang liar dan ular ular yang bisa.
 [Sura : 25, Verse : 1 - 77]

SURAH AN-NUR
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi mimpi buruk
   [Sura : 24, Verse : 1 - 118]

Barangsiapa yang membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum solat asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.


SURAH AL-MU'MINUN
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH AL-MU'MINUN
Maksudnya: Orang-orang Mukmin

Dengan izi Allah SWT yang Maha Pengasiuh Lagi Maha Penyayang, barangsiapa memb
acanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras, nescaya dia tidak akan meminumnya lagi.
 [Sura : 23, Verse : 1 - 118]

Barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunyua akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat daripada kecurian dan serangan musuh

SURAH AL-HAJ
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH AL-HAJ
Maksudnya: Haji

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa membacanya, Allah SWT akan membinasakan musuh-musuhnya.

SURAH AL-ANBIYA'
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH AL-ANBIYA'
Maksudnya: Nabi-nabi

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca ay
at 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah SWT.

SURAH THAAHAA
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH THAAHAA
Maksudnya: Hai Manusia

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengehtahuan dan akan tercapai segala maksudnya.
 [Sura : 20, Verse : 1 - 135]

Barangsiapa yang membaca ayat 25 hingga ayat 28 sebanyak 21 kali, tiap tiap hari selepas solat subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.
  [Sura : 20, Verse : 25 - 28]

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha. Firman Allah di dalam ayat berkenaan, "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."
 [Sura : 20, Verse : 132 - 132]
SURAH MARYAM
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH MARYAM
Maksudnya: Maryam

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Peyayang, barangsiapa membacanya, nescaya akan me
ndapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
 [Sura : 19, Verse : 1 - 98]

SURAH AL-KAHFI
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH AL-KAHFI
Maksudnya: Gua.

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barangsiapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki
yang murah.
 [Sura : 18, Verse : 1 - 110]

Daripada Abu Darda' r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia terjaga dari gangguan Dajjal."
 [Sura : 18, Verse : 1 - 10]

Dalam riwayat lain disebutkan: "Dari sepuluh ayat terakhir surah al-Kahfi." (Riwayat Muslim)
 [Sura : 18, Verse : 100 - 110]

SURAH BANI ISRAIL / ISRA'
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡم
SURAH BANI ISRAIL / Isra'
Maksudnya: Anak anak Israil / Isra'

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Peyaya
ng, barangsiapa yang membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insyaAllah akan hilang gagapnya itu.

Barangsiapa yang membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya ia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang orang yang setempat dengannya.
 [Sura : 17, Verse : 80 - 80]

SURAH AL-HIJR
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH AL-HIJR
Maksudnya: Batu Gunung

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.
 [Sura : 15, Verse : 97 - 99]

SURAH IBRAHIM
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡم

SURAH IBRAHIM
Maksudnya: Ibrahim

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca ayat ayat 3
2 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan perbuatan syirik dan bid'ah.
 [Sura : 14, Verse : 32 - 34]

SURAH AR-RAD
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡم
SURAH AR-RAD
Maksudnya: Petir

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca ayat yang 13 dari surah ini, ai akan terselamat dari petir.

 [Sura : 13, Verse : 13 - 13]
Barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.

SURAH YUSUF
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH YUSUF
Maksudnya: Yusuf

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya, ai akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.
 [Sura : 12, Verse : 1 - 111]

Barangsiapa yang membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.
 [Sura : 12, Verse : 64 - 64]

Barangsiapa yang membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah SWT akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.
 [Sura : 12, Verse : 68 - 68]

SURAH HUD
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH HUD
Maksudnya: Hud

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa membaca surah ini, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa.
 [Sura : 11, Verse : 1 - 123]
Barangsiapa yang membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat daripada ganguan manusia jahat dan binatang liar.
 [Sura : 11, Verse : 56 - 56]

Barangsiapa yang membaca ayat 112 dari surah ini sebanyak 11 kali selepas tiap tiap solat, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

SURAH YUNUS
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH YUNUS
Maksudnya: Yunus

Dengan izin Allah SWT yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, keatas perempuan yang hamil, nescaya ia akan melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

 [Sura : 10, Verse : 31 - 31]

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi buruk.
 [Sura : 10, Verse : 64 - 64]

SURAH AL-BARAAH / AT-TAWBA
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH AL-BARAAH / AT-TAWBA
Maksudnya:Pemutus Perhubungan / Taubat

Dengan izin Allah SWT yang Maha P
engasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafikan dan akan mencapai hakikat iman.
 [Sura : 9, Verse : 1 - 129]
Barangsiapa yang membaca ayat 111 dari surah ini, di kedai atau di tempat tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
 [Sura : 9, Verse : 111 - 111]
SURAH AL-ANFAL
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH AL-ANFAL
Maksudnya: Harta Rampasan

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia di dunia ini.
 [Sura : 8, Verse : 62 - 63]

SURAH AL-A'RAAF
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH AL-A'RAAF
Maksudnya: Benteng Tinggi

Dengan izin Al
lah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah SWT, nescaya akan terampun segala dosanya.
 [Sura : 7, Verse : 23 - 23]

Barangsiapa yang membaca ayat 47 dari surah ini, ai akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah SWT.
 [Sura : 7, Verse : 47 - 47]

SURAH AL-AN'AM
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH AL-AN'AM
Maksudnya: Binatang Ternakan

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang, barangsiapa yang membaca sebanyak 7 kali surah ini, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana.
 [Sura : 6, Verse : 1 - 165]

Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini, dibaca oleh penumpang kapal, ai akan terselamat dari karam dan tenggelam.

SURAH AL-MAIDAH
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH AL-MAIDAH
Maksudnya: Hidangan

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang, barangsiapa yang membaca ayat yang ke -7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut-turut, insyaAllah akan terselamat dari w
as was semasa wudhu dan solat.
 [Sura : 5, Verse : 7 - 7]

Dengan izin Allah SWT, barangsiapa yang membaca ayat 89 hingaga ayat 101 dari surah ini, (keatas air) lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya dia tidak akan bercakap dusta lagi.

SURAH AL-NISA'
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ
SURAH AL-NISA'
Maksudnya: Perempuan

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,barangsiapa ya
ng membaca ayat yang ke-75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat di dunia.
SURAH AL-IMRAN
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH AL-IMRAN
Maksudnya: Keluarga Imran

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ai akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dar
i gangguan jin.
 [Sura : 3, Verse : 1 - 3]

BASMALAH
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ
BASMALAH
Maksudnya: Dengan nama Allah
Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian mengejut. Dan barangsiapa yang membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

SURAH AL-FATIHAH
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ
SURAH AL-F
ATIHAH
Maksudnya: Pembukaan

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Peyayang, barangsiapa yang membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat subuh dan fardhunya, nescaya permintaannya diperkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh mahluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa yang membaca 20 kali sesudah tiap tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah SWT dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.
 [Sura : 1, Verse : 1 - 7]

AYAT AL-KURSI
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

AYAT AL-KURSI
Maksudnya: Kekuasaan Allah SWT

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara d
ari tipu daya dan gangguan syaitan.Dan dengan izin Allah SWT, dengan membacanya juga seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa yang sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah SWT akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa yang berwudhuk lalu membacanya sekali, nescaya Allah SWT akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah SWT akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca sehinggalah ke hari Kiamat.
 [Sura : 2, Verse : 255 - 256]

SURAH AL-BAQARAH
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH AL-BAQARAH
Maksudnya: Sapi Betina

Den
gan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah ini sebelum tidur, ai akan terselamat dari segala bala bencana dan malapetaka. Ayat 285 hingga ayat 286.
 [Sura : 2, Verse : 285 - 286]


 Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..
Memang banyak fadhilat-fadhilat dalam setiap surah dalam al -Quran ini.. Subhanallah...
Semoga dapat kita amalkan dengan baik. Amin